Isnin, 7 Jun 2010

Andai Kau Tahu


Andai kau tahu.. Andai kau tahu isi hatiku.. Andai kau tahu apa maksud lakuku.. Andai kau tahu aku tak bisa lari darimu.. Andai kau tahu betapa sesalnya aku atas sikapku malam itu.. Andai kau tahu.. Aku pinta, berilah aku lagi 1 peluang untuk jernihkan perbuatan keruhku.. Andai kau tahu.. Andai kau tahu, andai kau beri peluang untukku, akan kupastikan kau tak menyesali atas pintu peluang yang kau bukakan untukku perbaiki silapku.. Andai kau tahu.. Andai kau tahu..

Khamis, 13 Mei 2010

Farizul & Aqilah (part 2)

&, malam tu jugak dorang mengikat satu janji..... janji untuk setia & selalu bersama.....

Farizul dapat kenal Aqilah melalui seorang sahabat, Hakim namanya. memang sebab musababnya dorang kenal dari facebook, tapi Hakim yang dapat kan nombor telefon Aqilah memandangkan Hakim & Aqilah satu politeknik; Politeknik Sultan Idris Shah di Sabak Bernam. poli yang terperosok di penghujung alam. hehe...

minggu pertama dorang; Farizul & Aqilah mengikat janji, semuanya baik-baik saja. masuk minggu kedua, tercetusnya konflik antara mereka. tapi bukan melibatkan mereka berdua je. tapi melibatkan sahabat Farizul; Hakim. aku ni sekadar pemerhati & penasihat kepada hubungan dorang tak sangka langsung perkara ni boleh terjadi.

CINTA 3 SEGI!!! aku tak pasti apa yang ada dalam hati Hakim. aku bukan nak mengutuk dia, bukan nak salahkan dia. aku tau & yakin, Hakim pun sebenarnya taknak mengeruhkan hubungan persahabatannya dengan Farizul. tapi ni melibatkan hati & perasaan si Hakim. yang pasti, aku pun pernah merasai apa yang Hakim rasa. perasaan Hakim pada Aqilah masa tu sama sebiji macam perasaan aku pada Ida. (eh, apehal ada masuk cerita aku pulak ni? aku da lupakan dia la...)

kata orang cinta itu buta. butakah cinta? atau sang penggalas cinta sengaja membutakan matanya sendiri untuk memuaskan karung nafsunya semata? atau adakah desakan nalurinya yang mengatakan dia yakin mampu membahagiakan kekasih hatinya?

aku yakin Kim, semua ni ada hikmahnya.

pihak Farizul pulak, aku dapat rasa tekanannya. segala hamun setiap maki keluar dari butir bicaranya. aku tadah telinga jela time Farizul cerita. aku cadang face to face dengan Hakim. apa masalah Hakim sebenarnya. aku tak tau, tapi aku dapat rasa masa tu Hakim macam mengelak dari jumpa Farizul padahal dorang sahabat karib. ajak punya ajak, boleh jugak pujuk Hakim jumpa. lama gak la lepak kat kedai mamak tu.

slow talk. cerita baik-baik. memang Farizul ada mintak tolong Hakim. mintak tolong dapatkan nombor telefon Aqilah untuk Farizul. bila dah dapat, Hakim pun bagi la pada Farizul. taktau la pulak macam mana, dalam diam Hakim dah simpan perasaan pada Aqilah. cinta pandang pertama. huhu.. Hakim bagitau yang dia menyesal bagi nombor telefon Aqilah pada Farizul. kalau tak sudah tentu Hakim & Aqilah bahagia sekarang ni.

banyak perkara aku belajar malam tu. persahabatan, percintaan, kehidupan, pengorbanan. banyak. banyak sangat.

bayangkan, dengan hanya seorang perempuan, persahabatan boleh terputus. aku nak nyatakan, persahabatan yang dijalin sejak sekiannya boleh terputus akibat mainan hati & perasaan.

cinta itu apa?

Isnin, 10 Mei 2010

berjalan, tersadung kaki sendiri.


kadang-kadang, apa yang kita harapkan tak semestinya menjadi nyata. harapan yang menggunung kita hamparkan, rupanya hanya impian semata. terasa malas nak jalan, tapi kita perlu berjalan. sebab kita manusia hidup kena sentiasa terus berjalan.

walau selelah mana nafas, tercungap tak cukup oksigen, kita akan terus berjalan. harapan pecah macam pinggan ni. haiiiii... manusia hidup. memang camni la...

Khamis, 6 Mei 2010

Farizul & Aqilah (part 1)

aku nak berkongsi sikit cerita dengan korang semua. ini cerita tentang seorang sahabat aku bernama Farizul Hizri bersama sang gadis idamannya bernama Nur Aqilah.

secara kasarnya, sahabat aku si Farizul ni bolehlah nak dikategorikan sebagai lelaki Jawa terakhir. nak kata tak comel, comel jugak dia ni. tapi nak kata hodoh, hodohnya tetap ada. (huhu) sang perawannya si Aqilah tu dulu slim (cerita dari sahabat Aqilah sendiri; Azzwal) tapi sekarang da chubby2. kalau tengok dorang ni, macamlah pinang dibelah dua. kerat rotan sebelah, nampakkan hulu di mata. tu la perumpamaannya.

ceritanya bermula di sisni......

dorang ni berkenalan kat facebook. dunia dah maju. segalanya di hujung jari. klik sana klik sini macam2 boleh jumpa. yang baeq, yang tak baeq. hoho..

waktu tu, aku & Farizul mengunjungi seorang lagi sahabat kami, Nik Mohd Zulhaniz di wilayahnya; Putrajaya. kami cuma menunggang kuda dua roda kami. takde kereta pun time tu. niat di hati, nak berjalan kat Putrajaya. lepas makan2 kat Alamanda, tengok movie Wolf, kami pun gerak tempat lain.

"wei, jom la kita pergi the mines.."
aik, kita ngah lepak2 kat Putrajaya boleh pula Farizul ni ajak pergi the mines. tapi kawan punya pasal, tak kesah la. rupanya, ada udang di sebalik mi goreng mamak. si Farizul ni ajak ke the mines sebab nak jumpa sang gadis idamannya buat kali pertama. aku tengok si Farizul ni macam biasa je. tapi aku tau sebenarnya kencang macam mane jantung dia & dah bergetar macam gong tunggu masa nak gugur je hatinya. haha...

sekali pandang si Aqilah tu, macam comel. tapi memang comel pun. padanlah dengan Farizul yang comel jugak (ambik hati sikiiiit). lama la jugak di the mines tu. aku & Niq da bosan sangat. lepak kat terusan mines tu tengok ikan besar2 peha. pergh.. mesti enak kalau dibuat gulai. hehe...

lepas tu, Niq cakap dia nak balik rumah di Kuala Kubu Bharu. kami dengan kuda dua roda kami ni, dengan taktau jalan dari the mines seri kembangan meredah segala jalan yang ada di kota berlumpur siap dengan jalan yang penuh liku di Kuala Selangor akhirnya sampai jugak di Kuala Kubu Bharu nan permai lagi indah.

ok. berbalik pada topik utama. mmm... Farizul dengan gentle nya, malam tu di rumah Niq telefon Aqilah & dengan tenang & senang lagi jelas menyatakan isi hatinya. &, malam tu jugak dorang mengikat satu janji..... janji untuk setia & selalu bersama.....

p/s-tapi, aku ada pendapat lain. aku tak berapa suka nak propose guna phone la. aku suka kalau berdepan. baru la thrill & terangkat. hehe.


berakhirnya sebuah kisah cinta


dalam hidup kita sebagai seorang insan di dunia, macam-macam masalah menimpa.

selesai satu masalah, masalah lain pula menimpa.

tapi kita harus tabah menjalani ujian-ujian.

kerana, itu akan menjadi kayu ukur betapa tabah, sabar & imannya kita terhadap perkara yang berlaku.

semoga kita dapat mengambil iktibar & pengajaran atas apa yang menimpa kita.

Ahad, 10 Januari 2010

berus gigi #1

berterus-terusan tersenyum,
laksana bunga mekar yang takkan layu,
senyum, seindah pelangi pagi,
senyum, gemilangkan harimu...

tamahlah bersamanya, sekelilingmu,
ramahlah hendaknya, persekitaranmu,
senyum, hilangkan gusarmu,
senyum, fikirkan apa ada mu...

senyum, senyum, senyum...(",)