Khamis, 13 Mei 2010

Farizul & Aqilah (part 2)

&, malam tu jugak dorang mengikat satu janji..... janji untuk setia & selalu bersama.....

Farizul dapat kenal Aqilah melalui seorang sahabat, Hakim namanya. memang sebab musababnya dorang kenal dari facebook, tapi Hakim yang dapat kan nombor telefon Aqilah memandangkan Hakim & Aqilah satu politeknik; Politeknik Sultan Idris Shah di Sabak Bernam. poli yang terperosok di penghujung alam. hehe...

minggu pertama dorang; Farizul & Aqilah mengikat janji, semuanya baik-baik saja. masuk minggu kedua, tercetusnya konflik antara mereka. tapi bukan melibatkan mereka berdua je. tapi melibatkan sahabat Farizul; Hakim. aku ni sekadar pemerhati & penasihat kepada hubungan dorang tak sangka langsung perkara ni boleh terjadi.

CINTA 3 SEGI!!! aku tak pasti apa yang ada dalam hati Hakim. aku bukan nak mengutuk dia, bukan nak salahkan dia. aku tau & yakin, Hakim pun sebenarnya taknak mengeruhkan hubungan persahabatannya dengan Farizul. tapi ni melibatkan hati & perasaan si Hakim. yang pasti, aku pun pernah merasai apa yang Hakim rasa. perasaan Hakim pada Aqilah masa tu sama sebiji macam perasaan aku pada Ida. (eh, apehal ada masuk cerita aku pulak ni? aku da lupakan dia la...)

kata orang cinta itu buta. butakah cinta? atau sang penggalas cinta sengaja membutakan matanya sendiri untuk memuaskan karung nafsunya semata? atau adakah desakan nalurinya yang mengatakan dia yakin mampu membahagiakan kekasih hatinya?

aku yakin Kim, semua ni ada hikmahnya.

pihak Farizul pulak, aku dapat rasa tekanannya. segala hamun setiap maki keluar dari butir bicaranya. aku tadah telinga jela time Farizul cerita. aku cadang face to face dengan Hakim. apa masalah Hakim sebenarnya. aku tak tau, tapi aku dapat rasa masa tu Hakim macam mengelak dari jumpa Farizul padahal dorang sahabat karib. ajak punya ajak, boleh jugak pujuk Hakim jumpa. lama gak la lepak kat kedai mamak tu.

slow talk. cerita baik-baik. memang Farizul ada mintak tolong Hakim. mintak tolong dapatkan nombor telefon Aqilah untuk Farizul. bila dah dapat, Hakim pun bagi la pada Farizul. taktau la pulak macam mana, dalam diam Hakim dah simpan perasaan pada Aqilah. cinta pandang pertama. huhu.. Hakim bagitau yang dia menyesal bagi nombor telefon Aqilah pada Farizul. kalau tak sudah tentu Hakim & Aqilah bahagia sekarang ni.

banyak perkara aku belajar malam tu. persahabatan, percintaan, kehidupan, pengorbanan. banyak. banyak sangat.

bayangkan, dengan hanya seorang perempuan, persahabatan boleh terputus. aku nak nyatakan, persahabatan yang dijalin sejak sekiannya boleh terputus akibat mainan hati & perasaan.

cinta itu apa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan