Khamis, 6 Mei 2010

Farizul & Aqilah (part 1)

aku nak berkongsi sikit cerita dengan korang semua. ini cerita tentang seorang sahabat aku bernama Farizul Hizri bersama sang gadis idamannya bernama Nur Aqilah.

secara kasarnya, sahabat aku si Farizul ni bolehlah nak dikategorikan sebagai lelaki Jawa terakhir. nak kata tak comel, comel jugak dia ni. tapi nak kata hodoh, hodohnya tetap ada. (huhu) sang perawannya si Aqilah tu dulu slim (cerita dari sahabat Aqilah sendiri; Azzwal) tapi sekarang da chubby2. kalau tengok dorang ni, macamlah pinang dibelah dua. kerat rotan sebelah, nampakkan hulu di mata. tu la perumpamaannya.

ceritanya bermula di sisni......

dorang ni berkenalan kat facebook. dunia dah maju. segalanya di hujung jari. klik sana klik sini macam2 boleh jumpa. yang baeq, yang tak baeq. hoho..

waktu tu, aku & Farizul mengunjungi seorang lagi sahabat kami, Nik Mohd Zulhaniz di wilayahnya; Putrajaya. kami cuma menunggang kuda dua roda kami. takde kereta pun time tu. niat di hati, nak berjalan kat Putrajaya. lepas makan2 kat Alamanda, tengok movie Wolf, kami pun gerak tempat lain.

"wei, jom la kita pergi the mines.."
aik, kita ngah lepak2 kat Putrajaya boleh pula Farizul ni ajak pergi the mines. tapi kawan punya pasal, tak kesah la. rupanya, ada udang di sebalik mi goreng mamak. si Farizul ni ajak ke the mines sebab nak jumpa sang gadis idamannya buat kali pertama. aku tengok si Farizul ni macam biasa je. tapi aku tau sebenarnya kencang macam mane jantung dia & dah bergetar macam gong tunggu masa nak gugur je hatinya. haha...

sekali pandang si Aqilah tu, macam comel. tapi memang comel pun. padanlah dengan Farizul yang comel jugak (ambik hati sikiiiit). lama la jugak di the mines tu. aku & Niq da bosan sangat. lepak kat terusan mines tu tengok ikan besar2 peha. pergh.. mesti enak kalau dibuat gulai. hehe...

lepas tu, Niq cakap dia nak balik rumah di Kuala Kubu Bharu. kami dengan kuda dua roda kami ni, dengan taktau jalan dari the mines seri kembangan meredah segala jalan yang ada di kota berlumpur siap dengan jalan yang penuh liku di Kuala Selangor akhirnya sampai jugak di Kuala Kubu Bharu nan permai lagi indah.

ok. berbalik pada topik utama. mmm... Farizul dengan gentle nya, malam tu di rumah Niq telefon Aqilah & dengan tenang & senang lagi jelas menyatakan isi hatinya. &, malam tu jugak dorang mengikat satu janji..... janji untuk setia & selalu bersama.....

p/s-tapi, aku ada pendapat lain. aku tak berapa suka nak propose guna phone la. aku suka kalau berdepan. baru la thrill & terangkat. hehe.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan